
Panduan Penubuhan Ar-Rahnu
Garis Panduan Meluluskan Permohonan
Membuka Kedai Pajak Gadai Secara Islam (Ar-Rahnu)
Oleh Koperasi Berdaftar
| 1. | Tujuan |
| | Garis Panduan ini dikeluarkan di bawah Peraturan 42 Peraturan-Peraturan Koperasi 1995, bertujuan untuk mengawal penubuhan dan perniagaan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) oleh koperasi-koperasi di bawah penyeliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. |
| 2. | Latar belakang |
| | 2.1 | Dalam usaha untuk menghapuskan riba dan gharar, sistem pajak gadai Islam diperkenalkan. Tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan hasil bunga (faedah) yang dikenakan oleh pemilik pajak gadai sebagai ganjaran daripada wang tunai yang dipinjamkan. |
| | 2.2 | Mengikut subseksyen 46(c) Akta 81 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 koperasi adalah sebuah organisasi yang dikecualikan dari peruntukan Akta tersebut. |
| 3. | Konsep |
| | 3.1 | Konsep pelaksanaan sistem Ar-Rahnu ini menggabungkan dua konsep syariah iaitu: |
| | | 3.1.1 | "Ar-Rahnu" iaitu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan. |
| | | 3.1.2 | "Al Wadiah Yad Dhamanah" iaitu merujuk kepada simpanan. |
| | 3.2 | Rukun |
| | | 3.2.1 | Penggadai atau orang yang menggadai: iaitu orang yang berhutang. |
| | | 3.2.2 | Penerima gadaian atau pemegang gadai: iaitu pihak yang memberi pinjaman. |
| | | 3.2.3 | Barang gadaian: iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima. |
| | | 3.2.4 | Tanggungan gadaian: iaitu jumlah yang terhutang. |
| | | 3.2.5 | "Sighah" atau perjanjian: iaitu perjanjian berkaitan pinjaman atau hutang dan gadaian. |
| 4. | Panduan menimbangkan sesuatu Permohonan Membuka Pajak Gadai Secara Islam oleh koperasi-koperasi |
| | Bagi mengawal pembukaan pajak gadai secara Islam oleh koperasi-koperasi berdaftar perkara-perkara berikut perlu diambil kira sebelum meluluskan sesuatu permohonan:- |
| | 4.1 | Prestasi Pengurusan Koperasi mempunyai rekod yang baik dari segi pengurusan di mana akaun koperasi diaudit setiap tahun dan koperasi hendaklah menjalankan mesyuarat agung tahunannya mengikut seksyen 39 Akta Koperasi 1993. |
| | 4.2 | Modal Syer/Yuran dan Keanggotaan Koperasi yang berminat menjalankan aktiviti Ar-Rahnu hendaklah mempunyai modal syer/ yuran minima sebanyak RM500,000.00 dan mempunyai anggota sekurang-kurangnya 500 orang. |