Bahasa Melayu    Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Maklumbalas | Peta Laman

08 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Kerajaan Malaysia  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Perikatan Koperasi Antarabangsa  My Koop 
Sistem Penyampaian Perkhidmatan Di Kawasan Lembah Klang  Institut Integriti Malaysia 
Multimedia Super Corridor  MAMPU
myideas 
myID Maktab Kerjasama Malaysia

 

 

visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 889
Semalam 1666
Minggu Ini 4569
Bulan Ini 13962
Jumlah Pelawat 718526
 



 

Fungsi Dan Aktiviti Koperasi Di Malaysia


Fungsi: Kewangan 

kewangan

Koperasi fungsi kewangan dan bank telah mempelopori perkembangan gerakan koperasi sejak tahun 1920an. Koperasi fungsi ini menjalankan aktiviti kewangan iaitu menyediakan pinjaman kepada anggota pada kadar faedah yang berpatutan. Aktiviti lain di bawah fungsi ini ialah pajak gadai secara islam (Ar-Rahnu), pelaburan dan perkhidmatan insuran. Anggota-anggotanya adalah terdiri daripada mereka yang bergaji tetap terutamanya di sektor awam, badan berkanun dan swasta. Pada masa ini 2 buah koperasi yang khusus menjalankan fungsi perbankan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Bank Persatuan Malaysia Berhad.



 

Fungsi: Perumahan

perumahan

Tumpuan koperasi jenis ini ialah menjalankan projek-projek perumahan untuk anggota-anggotanya. Kebanyakan projek bertumpu kepada rumah berkos rendah dan sederhana. Harga jualan rumah-rumah ini adalah di dalam lingkungan keupayaan anggota dan pada umumnya sekitar 20% hingga 30% lebih rendah daripada harga yang lazimnya ditawarkan di pasaran.



 

Fungsi: Pengguna

pengguna

Tujuan utama koperasi fungsi pengguna adalah untuk membantu anggota-anggotanya mendapatkan barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Di antara aktiviti yang dijalankan oleh koperasi ini adalah seperti pasar mini, pasaraya, kedai runcit, stesen minyak, kedai alatan rumah dan lain-lain.

 
pengguna2

Koperasi fungsi pengguna di peringkat sekolah pula diperkenalkan dengan tujuan untuk menanam sifat berjimat-cermat dan memupuk asas keusahawanan di kalangan pelajar. Di antara aktiviti utama yang dijalankan ialah mengusahakan kantin sekolah, kedai buku, kedai dobi dan kelas komputer.


 




Halaman-halaman: 1  2  

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Tingkat 10-15, 17-19, Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur
Tel: 03-40474000 Fax: 03-40474100