Bahasa Melayu    Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Maklumbalas | Peta Laman

08 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Kerajaan Malaysia  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Perikatan Koperasi Antarabangsa  My Koop 
Sistem Penyampaian Perkhidmatan Di Kawasan Lembah Klang  Institut Integriti Malaysia 
Multimedia Super Corridor  MAMPU
myideas 
myID Maktab Kerjasama Malaysia

 

 

visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 893
Semalam 1666
Minggu Ini 4573
Bulan Ini 13966
Jumlah Pelawat 718530
 



 

Hari Koperasi Negara



Latar belakang:

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.

Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.



Objektif:

Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk:

  • Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.
     
  • Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi.
     
  • Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.
     
  • Mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.



 

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Tingkat 10-15, 17-19, Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur
Tel: 03-40474000 Fax: 03-40474100