ico 003ii

  

 

SALURANwww.skm.gov.my  borang maklumbalas pelanggan FMS Sistem Pengurusan Maklumbalas Aduan

 

 

MENGENAI "SUARA ANDA"

Inisiatif yang telah disediakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menggalakkan anda sebagai rakyat Malaysia untuk menyumbangkan sebarang idea dan cadangan bagi membantu meningkatkan lagi mutu penyampaian dan perkhidmatan SKM.

Percambahan idea bernas yang terhasil melaluinya boleh diketengahkan bagi membantu merangka polisi dan dasar-dasar pembangunan yang khusus bagi menjamin kebajikan dan kesejahteraan umum serta setiap pihak berkepentingan di dalam sektor koperasi khususnya.

 

MEKANISMA PELAKSANAAN

Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan adalah:

1. Borang Kajian Kepuasan Pelanggan    -   Saluran input maklumbalas dan cadangan Perkhidmatan SKM
2. Sistem Pengurusan Maklumbalas dan Aduan    -   Saluran input pertanyaan, maklumbalas dan cadangan mengenai Perkhidmatan SKM, dan Aduan mengenai koperasi
3. Terbitan Web Mengenai Pandangan Umum    -   Saluran input maklumbalas dan cadangan berhubung Draf Peraturan, Garis Panduan atau Statutori melibatkan gerakan koperasi

  

KONSULTASI BAGI MENDAPATKAN PANDANGAN UMUM

Rekod terbitan web SKM [www.skm.gov.my] bagi tujuan mendapatkan pandangan umum.

Rujukan Tempoh Konsultasi Sasaran Peserta Butiran Konsultasi Status / Keputusan
03-2015 26-06-2015 hingga
10-07-2015
Koperator,
Orang Awam
Permohonan maklumbalas berhubung Draf Garis Panduan GP5: Garis Panduan Menghendaki Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pengurusan Kanan Koperasi Menghadiri Kursus Wajib (Pindaan) 2015

Tempoh konsultasi telah ditutup.

02-2015 25-03-2015 hingga
08-04-2015
Koperator,
Orang Awam
Permohonan maklumbalas berhubung Draf Garis Panduan:
  1. GP6: Garis Panduan Kemudahan Kredit Oleh Koperasi (Pindaan) 2015
  2. GP7: Garis Panduan Pembiayaan Islam Oleh Koperasi (Pindaan) 2015
  3. GP7A: Garis Panduan Pengendalian Pemberian Pembiayaan Secara Berhemat (Pindaan) 2015
Tempoh konsultasi telah ditutup.
01-2015 25-03-2015 hingga
08-04-2015
Koperator,
Orang Awam
Permohonan maklumbalas berhubung Draf Garis Panduan GP7B: Garis Panduan Pemberian Ibra' (Rebat) Bagi Pembiayaan Islam Berasaskan Jual Beli Garis Panduan telah diterbitkan dan mulai berkuatkuasa mulai 01-07-2015. Klik pautan untuk mengakses dokumen.

02-2014 06-05-2014 hingga
20-05-2014
Koperator,
Orang Awam
Permohonan maklumbalas berhubung Draf Garis Panduan GP28: Garis Panduan Tadbir Urus Syariah Garis Panduan telah diterbitkan dan mulai berkuatkuasa mulai 01-07-2015. Klik pautan untuk mengakses dokumen.

01-2014 06-05-2014 hingga
20-05-2014
Koperator,
Orang Awam
Permohonan maklumbalas berhubung Draf Garis Panduan GP27: Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi (Pindaan) 2015 Garis Panduan telah diterbitkan dan mulai berkuatkuasa mulai 01-05-2015. Klik pautan untuk mengakses dokumen.