DASAR KEBEBASAN MAKLUMAT

Objektif untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan melalui permohonan yang dikemukakan kepada agensi berkenaan.

Sila rujuk:

-  Subseksyen 86(1) Akta Koperasi 1993
-  Subseksyen 86(A) Akta Koperasi 1993
-  Jadual Seksyen 86B Akta Koperasi 1993
-  Peraturan-Peraturan Koperasi (Fi) 2010
-  Jadual Pertama Subperaturan 3(1)

 

MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKENAAN GERAKAN KOPERASI

Akses kepada maklumat mengikut Jadual Pertama Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Koperasi (Fi) 2010 di antaranya adalah seperti berikut:

1. Pemeriksaan dokumen pendaftaran;
(Merangkumi maklumat am koperasi, maklumat perniagaan koperasi dan maklumat setiap subsidiari milik koperasi)
2. Senarai koperasi berdaftar;
3. Contoh undang-undang kecil koperasi yang seragam;
4. Pemeriksaan atas permohonan pemiutang koperasi;

 

KAEDAH MEMPEROLEHI MAKLUMAT

Sebarang permohonan bolehlah dibuat dengan melengkapkan Borang Pemeriksaan Maklumat Koperasi (BORANG 2 Pind.1/2015); dan mengemukakannya kepada:

Naib Pengerusi Eksekutif
(Operasi dan Kawal Selia)

Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

 

BANTUAN?

Sekiranya memerlukan maklumat atau bantuan lanjut, sila kemukakan pertanyaan anda kepada kami melalui:

-  Sistem Pengurusan Aduan dan Maklumbalas
-  Berhubung terus dengan pegawai-pegawai kami di Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Antarabangsa; atau melalui
-  E-mel secara terus kepada kami ke webmaster[at]skm[dot]gov[dot]my