Falsafah Kami

SKM komited memajukan koperasi melalui persekitaran yang kondusif bagi membangunkan koperasi yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara;

  •  SKM memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui penambahbaikan proses kerja yang dinamik untuk membantu mencapai dasar-dasar pembangunan koperasi;
  •  Anggota kerja SKM diberi latihan dan diterapkan dengan nilai-nilai murni serta jaminan kemajuan kerjaya supaya mereka berkhidmat dengan kompeten, ikhlas, berintegriti dan penuh komitmen; dan
  •  SKM memastikan koperasi dikawal selia secara berterusan dan profesional berlandaskan Akta dan Peraturan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi.
Visi Kami

 "Peneraju Kecemerlangan Koperasi Bagi Menjadikannya Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara"

Misi Kami
  •  Koperasi yang kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing, progresif dan berintegriti;
  •  Peningkatan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi;
  •  Modal insan yang kompeten dan berbudaya keusahawanan