Strategi 01

  • Memperluaskan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi dan rantaian ekonomi bernilai tinggi. 

Strategi 02

  • Mewujudkan koperasi-koperasi yang berskala besar dan disenaraikan sebagai koperasi bertaraf global dan diiktiraf.

Strategi 03

  • Menggalakkan kepelbagaian aktiviti melalui pewujudan rantaian nilai dan aktiviti nilai ditambah melalui penggabungan dan kerjasama strategik dengan koperasi dan lain-lain sektor ekonomi.

Strategi 04

  • Membangunkan modal insan ke arah pembentukan profesionalisme dalam pengurusan koperasi.

Strategi 05

  • Memperkukuhkan penyeliaan, pengawasan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus koperasi secara teratur berdasarkan prinsip-prinsip, falsafah dan perundangan koperasi.

Strategi 06

  • Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Strategi 07

  • Memperkasakan budaya kerja cemerlang dan profesional serta meningkatkan kompetensi modal insan ke arah sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan.