Pengenalan
- Bantuan Pembangunan Suruhanjaya terbahagi kepada DUA(2) kategori :
  1. Program Pembangunan Perniagaan; dan
  2. Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi.

- Bantuan pembangunan diagihkan selaras dengan Bidang Keberhasilan Ekonomi Koperasi dan Entry Point Project (EPP) Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 yang terbahagi kepada enam (6) sektor seperti berikut:

  1. Sektor Perkhidmatan Kewangan;
  2. Sektor Pemborongan dan Peruncitan;
  3. Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan;
  4. Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani;
  5. Sektor Perladangan; dan
  6. Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan.


Objektif
Objektif eFAST_SKM adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan berbentuk geran pembangunan perniagaan yang produktif kepada koperasi-koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993. Tujuannya adalah untuk melaksana dan memantapkan perniagaan atau perusahaan yang diceburi oleh koperasi sebagai usaha untuk membantu koperasi mencipta kekayaan yang lebih mampan. Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai pembangunan inklusif dan seterusnya membantu koperasi untuk sama-sama terlibat dalam usaha kerajaan untuk memastikan capital economy negara terus berkembang.
Kategori dan Jenis Bantuan
Dua (2) kategori bantuan yang disediakan adalah terbahagi kepada jenis-jenis berikut:









Permohonan Secara Atas Talian
  1. Permohonan Bantuan oleh koperasi boleh dikemukakan secara dalam talian melalui url https://apponline.skm.gov.my bermula dari 1 Januari 2016.
  2. Bagi melancarkan proses, koperasi hendaklah menyediakan perkara-perkara seperti berikut;
    1. Data Kewangan 

      - Penyata kewangan teraudit 2 tahun terakhir (melainkan koperasi yang belum mencapai usia 18 bulan selepas pendaftaran) https://apponline.skm.gov.my/kewangan/kwCarianAll.aspx

    2. Maklumat Koperasi

      Koperasi perlu mengemaskini tarikh mesyuarat agung dan nama Anggota Lembaga Koperasi serta Juruaudit Dalam yang terkini merujuk kepada tahun permohonan di   Sistem DKOOP di  http://dkoop.skm.gov.my

    3. Dokumen Sokongan
                    - Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disediakan untuk dimuatnaik di dalam borang permohonan mengikut jenis permohonan.

 Bil.  Dokumen   Kategori Bantuan 
Pembangunan Perniagaan Kecemasan
1.  Kertas Kerja Projek  /  
2.   Penyata Kewangan (boleh dimuatnaik lebih dari satu dokumen) /
3.   Butiran Kos Bantuan Yang Dipohon /
4.  Cabutan Minit Mesyuarat Agung / /
5.  Cabutan Minit Mesyuarat Anggota Lembaga / /
6.  Sebut Harga (boleh dimuatnaik lebih dari satu sebut harga) / /
7.  Gambar-gambar sokongan bagi projek yang dipohon (boleh dimuatnaik lebih dari satu gambar) / /
8.  Penyata terimaan dan bayaran bagi 3 bulan terakhir (boleh dimuatnaik lebih dari satu penyata) / /
9.  Penyata bank terkini / /
10.  Surat Daripada Pihak Berkuasa (Laporan Polis)   /
               
Penutup
Semua permohonan bantuan pembangunan perniagaan dan bantuan kecemasan adalah tertakluk kepada peruntukan bajet pembangunan semasa yang ada di Suruhanjaya Koperasi Malaysia.