sistem eKerjaya 1

DAFTAR BARU DAFTAR MASUK PANDUAN

 

 

PANDUAN KEPADA SEMUA PENGGUNA:


Bermula pada tahun 2016, semua permohonan kerjaya di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) perlu dibuat melalui Sistem e-Kerjaya SKM.

MENGENAI

Sistem eKerjaya SKM adalah satu sistem yang dibangunkan bagi membolehkan orang awam membuat permohonan jawatan di SKM secara dalam talian (online). Melalui Sistem eKerjaya SKM, pemohon boleh mengisi data peribadi, membuat pengemaskinian data, dan seterusnya menyimpan data-data berkenaan di dalam Sistem eKerjaya SKM.

KELEBIHAN

Sistem ini bercirikan mesra pengguna dengan kelebihan seperti berikut ;  

  1. Pemohon mengisi data-data peribadi pada bila-bila masa walaupun tiada sebarang jawatan kosong ditawarkan bagi tempoh berkenaan.
  2. Data-data ini akan disimpan dan pemohon boleh membuat pengemaskinian data yang dimasukkan sebelum ini.
  3. Apabila tawaran jawatan kosong dibuka, pemohon akan mendapatkan notifikasi mengenai tawaran jawatan kosong ini (melalui e-mel yang disertakan semasa mengisi data).
  4. Pemohon boleh terus menggunakan data-data yang telah disimpan untuk memohon jawatan berkenaan (dengan hanya satu klik).
  5. Pemohon dapat menjimatkan masa membuat permohonan jawatan kosong kerana data-data telah tersedia.

PENDAFTARAN

Untuk menggunakan sistem ini, setiap pemohon perlu membuat pendaftaran; dan akan diberikan kata nama dan kata laluan bagi mengakses sistem.