Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

1. Salinan Kad Pengenalan*

2. Keahlian:

2.1 Malaysia Institute of Accountants (MIA)

i. Borang 5 daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Return of Partners)*;

ii. Kelulusan Juruaudit daripada Perbendaharaan Malaysia;

iii. Sijil Keahlian dan Sijil Amal daripada MIA (Membership & Practising Certificate)*

[untuk permohonan baru sahaja].

ATAU

2.2 Institute of Co-operative & Management Accountants (ICMA)

i. Pendaftaran syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia*

ii. Sijil Keahlian dan Sijil Amal daripada ICMA (Membership & Practising Cert.)*

3. Senarai nama kakitangan audit yang mengandungi maklumat-maklumat seperti tempoh berkhidmat, kelayakan dan no. KWSP.

4. Bayaran fi proses sebanyak RM200.00 melalui kiriman pos, draf bank, atau cek dibayar kepada Kumpulan Wang Operasi SKM


PANDUAN MEMOHON

1. Borang permohonan boleh di muat turun di sini atau diperolehi dari: 
 
Bahagian Audit Koperasi 
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 
Aras 10, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, 
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur 
 
2. Pemohon perlu mengisi satu (1) salinan borang jahaja. 
 
3. Sila isikan borang dengan jelas menggunakan pena mata bulat berwarna hitam dan BERHURUF BESAR. 
 
4. Permohonan baru hendaklah disertakan dengan: 
4.1 Borang JL/2002/1 - Biodata ringkas pemohon;
4.2 Salinan sijil kelulusan professional*. 
 
5. Sekiranya ruang tidak mencukupi, sila sertakan lampiran.
 
6. Salinan dokumen-dokumen bertanda (*) hendaklah disahkan benar dengan menggunakan cop rasmi pengesah dan dinyatakan nama dan jawatan pegawai. Pegawai-pegawai mengesah dokumen terdiri daripada: 
 
6.1 Penghulu atau Penggawa 
6.2 Jaksa Pendamai 
6.3 Setiausaha Syarikat 
6.4 Akauntan Awam Bertauliah 
6.5 Pesuruhjaya Sumpah 
6.6 Kumpulan Pengurusan Professional/ Professional Kerajaan 
6.7 Peguamcara dan Peguambela 
6.8 Ahli Dewan Undangan Negeri 
6.9 Ahli Parlimen 
 
7. Semua salinan fotostat dokumen hendaklah menggunakan kertas bersaiz A4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat seperti dinyatakan pada para 1. 
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 
 
Unit Juruaudit Luar, 
Bahagian Audit Koperasi, 
Suruhanjaya Koperasi Malaysia