A. Tatacara Aduan dan Maklumbalas Melibatkan Koperasi

Pendahuluan

Terdapat kes aduan yang berlaku di sesebuah koperasi yang melibatkan pihak anggota dengan pihak Lembaga, atau di kalangan anggota-anggota Lembaga sesama sendiri termasuk kes kes di mana pihak Lembaga ingin mengambil tindakan terhadap anggota.

Laman ini memberi penerangan kepada umum berkenaan tatacara aduan melibatkan koperasi.

Kategori Aduan

Aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:

Tatacara Aduan

  1. Aduan hendaklah dibuat mengikut format borang aduan.

  2. Dalam mengemukakan aduan, pengadu hendaklah kenal pasti kategori aduan tersebut terlebih dahulu sama ada di bawah kategori pertama atau kedua.

  3. Jika berkaitan dengan kategori pertama, pengadu adalah dinasihatkan supaya mengemukakan aduan kepada koperasi dan salinkan aduan tersebut kepada SKM Negeri/ Wilayah dan kepada Ibu Pejabat SKM di Kuala Lumpur (jika perlu).

  4. Bagi aduan yang berkaitan dengan kategori kedua, pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada Pendaftar Koperasi Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada koperasi berkenaan.

  5. Walau bagaimanapun SKM amat menggalakkan dalam setiap aduan (sama ada di bawah kategori pertama atau kedua), pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada koperasi terlebih dahulu untuk tindakan penyelesaian. Hanya jika tiada maklum balas daripada pihak koperasi aduan tersebut boleh dikemukakan kepada SKM Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada Ibu Pejabat SKM di Kuala Lumpur.

Mengemukakan Aduan

Aduan mengenai koperasi boleh dibuat melalui:

 

B. Tatacara Aduan dan Maklumbalas Melibatkan Pertanyaan/Aduan Umum/Lain-lain

Sebarang pertanyaan/aduan umum dan lain-lain yang diterima daripada pelanggan akan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh pertanyaan diterima.

Pertanyaan/aduan umum dan lain-lain boleh dibuat menerusi sistem dalam talian seperti di bawah:-

Aduan Melalui Sistem Dalam Talian

  1. Tuan/ puan perlu mendaftar sebelum boleh menggunakan sistem ini.
  2. Sila klik Sistem Aduan & Maklumbalas untuk daftar baru atau semak status aduan.