Konsep penubuhan KOBERA mensasarkan golongan rakyat miskin dan ditubuhkan di 576 DUN di seluruh negara. Pelancaran KOBERA telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 20 Julai 2008 di Pusat Konvensyen Putrajaya. Struktur keanggotaan KOBERA dirangka dengan menyesuaikan hasrat kerajaan bagi membasmi kemiskinan iaitu terdiri daripada sama ada salah satu atau komponen kumpulan sasar berikut: - Ketua isi rumah (KIR) yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras PGK asas isi rumah.
- Individu berusia 18 tahun yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras PGK perkapita.
- Orang asli, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim yang termasuk dalam kategori di atas, dan
- Pemimpin masyarakat yang terlibat dengan program kemiskinan dalam kawasan DUN sebagai penggerak kepada koperasi ini.
Terdapat 3 pilihan kaedah penubuhan koperasi ini yang dicadangkan iaitu: | i. | DUN yang telah mempunyai koperasi bagi golongan rakyat miskin | >>Tindakan>> | Koperasi sedia ada dikekalkan | | ii. | Bagi koperasi tidak aktif kerana ALK dan anggota asal tidak dapat dikesan | >>Tindakan>> | Koperasi diaktifkan dengan golongan miskin sebagai anggota baru | | iii. | DUN yang belum mempunyai koperasi golongan miskin | >>Tindakan>> | Koperasi baru ditubuhkan |
Konsep Penubuhan dan Pengurusan KOBERA
|