Tatacara Menubuhkan Koperasi Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi: | 1. | Hubungi pejabat SKM berhampiran untuk mendapat keterangan tatacara dan dokumen-dokumen permohonan pendaftaran; | | 2. | Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi; | | 3. | Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja; | | 4. | Mengadakan mesyuarat agung permulaan; | | 5. | Memohon pendaftaran koperasi. |
Memohon Mendaftarkan Koperasi
Mengikut Seksyen 6, Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran adalah seperti berikut:-
- Borang Permohonan
- Undang-undang kecil
- Minit Mesyuarat Agung Permulaan
Permohonan Menubuhkan Koperasi Sila klik di sini untuk membuat permohonan penubuhan koperasi menggunakan sistem atas talian. -atau- Muat turun Borang Permohonan Penubuhan Koperasi di sini.*
 Nota: Sila download dan install perisian ADOBE READER dari laman www.adobe.com untuk membuka dokumen tersebut.
|