| 1. | Nama |
| | Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Koperasi (Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi) 1996. |
| 2. | Tafsiran |
| | Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:- |
| | | (a) | "badan puncak" ertinya koperasi yang telah diisytiharkan oleh menteri sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menurut perenggan 57(2)(b) Akta; | | (b) | "Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 6; | | (c) | "Kumpulan Wang Amanah" ertinya kumpulan wang amanah yang ditubuhkan di bawah peraturan 3; | | (d) | "Pengerusi" ertinya Pengerusi Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 6; | | (e) | "tahun kewangan" ertinya tahun kewangan bagi setiap koperasi berdaftar tetapi bagi maksud peraturan 13 ertinya tempoh dari satu haribulan Januari hingga tiga puluh satu haribulan Disember tahun yang sama. |
|
| 3. | Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi |
| | Maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang Amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi |
| 4. | Sumber Kewangan |
| | Sumber kewangan bagi Kumpulan Wang Amanah hendaklah daripada mana-mana atau kesemua yang berikut:- |
| | | (a) | pembayaran oleh koperasi-koperasi berdaftar akan apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri mengikut perenggan 57(2)(b) Akta; | | (b) | derma dan pemberian yang dibuat oleh pihak ketiga, tetapi tiada derma daripada mana-mana sumber luar negeri boleh diterima tanpa kelulusan Jawatankuasa terlebih dahulu; | | (c) | hasil pelaburan. |
|
| 5. | Maksud Kumpulan Wang Amanah |
| | Kumpulan Wang Amanah hendaklah digunakan bagi maksud yang berikut:- |
| | | (a) | untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan apa-apa program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh badan puncak, yang adalah bagi menggalakkan prinsip-prinsip koperasi dan kemudahan operasi koperasi-koperasi berdaftar; | | (b) | untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan pentadbiran Kumpulan Wang Amanah; dan | | (c) | untuk membiayai apa jua pun perbelanjaan yang disifatkan perlu oleh Jawatankuasa bagi faedah dan pembangunan pergerakan koperasi. |
|