Bahasa Melayu    Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Maklumbalas | Peta Laman

10 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Kerajaan Malaysia  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Perikatan Koperasi Antarabangsa  My Koop 
Sistem Penyampaian Perkhidmatan Di Kawasan Lembah Klang  Institut Integriti Malaysia 
Multimedia Super Corridor  MAMPU
myideas 
myID Maktab Kerjasama Malaysia

 

 

visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 188
Semalam 1180
Minggu Ini 6456
Bulan Ini 15849
Jumlah Pelawat 720413
 

cetak



 

Perundangan Koperasi:

 

Peraturan-Peraturan Koperasi
(Kumpulan Wang Amanah Pendidikan)1998*


PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 57(2) dan perenggan 86(2)(r) Akta Koperasi 1993 [Akta 502], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1.Nama
 

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Koperasi (Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi) 1998.
 

2.Tafsiran
 

Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 6;

"Kumpulan Wang Amanah" ertinya kumpulan wang amanah yang ditubuhkan di bawah peraturan 3;

"Maktab Kerjasama" ertinya Maktab Kerjasama Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 [Akta 437];

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 6;

"tahun kewangan" ertinya:-

 
(a)

bagi maksud peraturan 14, tempoh dari satu hari bulan Januari hingga tiga puluh satu hari bulan Disember tahun yang sama;

(b)

bagi maksud Jadual, tahun kewangan bagi setiap koperasi berdaftar.

3.Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi
 

Maka hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.
 

4.Sumber kewangan
 

Sumber kewangan bagi Kumpulan Wang Amanah hendaklah daripada mana-mana atau kesemua yang berikut:-

 
(a)

pembayaran oleh koperasi-koperasi berdaftar akan apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri mengikut perenggan 57(2)(a) Akta;

(b)

hasil pelaburan di bawah peraturan 11.
 

5.Maksud Kumpulan Wang Amanah
 

Kumpulan Wang Amanah hendaklah digunakan bagi mana-mana atau kesemua maksud yang berikut:-

 
(a)

untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan pengendalian Maktab Kerjasama;

(b)

untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan kajian mengenai pergerakan koperasi;

(c)

untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan mengadakan seminar, persidangan atau mesyuarat koperasi, dan penyertaan mana-mana anggota mana-mana koperasi berdaftar atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa di seminar, persidangan atau lawatan sambil belajar koperasi di peringkat antarabangsa;

(d)

untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan kemajuan pendidikan koperasi dalam apa jua bentuk yang difikirkan relevan oleh Jawatankuasa;

(e)

untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan pentadbiran Kumpulan Wang Amanah.

 
 
 

Halaman-halaman: 1  2  3  4  

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Tingkat 10-15, 17-19, Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur
Tel: 03-40474000 Fax: 03-40474100