Bahasa Melayu    Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Maklumbalas | Peta Laman

10 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Kerajaan Malaysia  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Perikatan Koperasi Antarabangsa  My Koop 
Sistem Penyampaian Perkhidmatan Di Kawasan Lembah Klang  Institut Integriti Malaysia 
Multimedia Super Corridor  MAMPU
myideas 
myID Maktab Kerjasama Malaysia

 

 

visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 173
Semalam 1180
Minggu Ini 6441
Bulan Ini 15834
Jumlah Pelawat 720398
 



 

Panduan Aturan Pelaksanaan Ar-Rahnu

 

Panduan Aturan Bagi Melaksanakan
Aktiviti Ar-Rahnu Oleh Koperasi

 

1. Tujuan
 
 1.1 

Tujuan peraturan Ar-Rahnu ini diwujudkan sebagai garis panduan bagi mengurus dan mengamal aktiviti-aktiviti Ar-Rahnu secara sendirian, mengamal secara usahasama, mengurus francais dan khidmat runding gadaian Islam serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi manfaat anggota dan masyarakat umum iaitu;

 1.2

Melaksana dan mengawal perjalanan Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu sebagai satu kemudahan bagi anggota-anggota dan masyarakat umum bagi maksud yang berfaedah.

 

2. Konsep
 
 2.1Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu
  

Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu bermaksud skim pembiayaan yang disandarkan barang gadaian yang berlandaskan prinsip dan pengalaman muamalat Islamiah.

 2.2Skim Mikro Kredit
  

Skim Mikro Kredit bermaksud satu pusat, pejabat, muasasah, institusi, yang mengurus dan mentadbir aktiviti gadaian Islam di bawah Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu

 2.3 Barang Gadaian (Marhun)
  

Barang emas yang boleh digadaikan kepada pihak Pengusaha Skim Ar-Rahnu (SAR) dan boleh dijual beli.

 2.4Nilai Marhun
  

Harga barang gadaian yang telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas.

 2.5Penggadai
  

Seseorang yang menggadaikan barangnya kepada pihak Pengusaha SAR dan meminjam sejumlah wang dari gadaian tersebut. 

 2.6Pemegang Gadai
  Pemegang gadai yakni murtahin - orang memegang barang gadaian iaitu kaunter SAR.
 
 2.7Penaksir
  

Pegawai yang bertanggungjawab menjalankan penilaian barangan gadaian tersebut.

 

3. 

Pengenalan

 

Skim Ar-Rahnu (SAR) sebagai Program Mikro Kredit merupakan tambahan yang baik kepada skim pinjaman sedia ada. Keistimewaannya ialah:-

 3.1

Mekanisme pemberian kredit yang cepat (tanpa kerenah birokrasi).

 3.2

Kos pemberian kredit yang relatifnya murah (berbanding dengan skim-skim mikro kredit semasa).

 3.3

Pembayaran balik pinjaman tidak lagi merupakan masalah (barang emas dijadikan sandaran kepada pembiayaan yang diperolehi).

 3.4 

Menjadikan barang emas lebih produktif (barang emas kini boleh dijadikan sebagai modal).

 

 


Halaman-halaman: 1  2  3  4  5  6  7  8  9  

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Tingkat 10-15, 17-19, Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur
Tel: 03-40474000 Fax: 03-40474100