Bahasa Melayu    Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Maklumbalas | Peta Laman

08 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Kerajaan Malaysia  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Perikatan Koperasi Antarabangsa  My Koop 
Sistem Penyampaian Perkhidmatan Di Kawasan Lembah Klang  Institut Integriti Malaysia 
Multimedia Super Corridor  MAMPU
myideas 
myID Maktab Kerjasama Malaysia

 

 

visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 882
Semalam 1666
Minggu Ini 4562
Bulan Ini 13955
Jumlah Pelawat 718519
 

cetak




Pengenalan Gerakan Koperasi di Malaysia


Gerakan koperasi di Malaysia bermula dengan terdaftarnya Koperasi Kredit Syarikat Bekerjasama-sama  Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad, koperasi yang pertama didaftarkan pada 21 Julai 1922. Koperasi tersebut kini dikenali sebagai Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS). Koperasi luar bandar yang pertama didaftarkan adalah Syarikat Kampung Tebuk Haji Musa Bekerjasama-sama Dengan Tanggungan Berhad di Parit Buntar, Krian, Perak, yang didaftarkan pada 3 Disember 1923.

Gerakan Koperasi di Sarawak bermula pada 3 Mei 1949, manakala di Sabah ianya diperkenalkan mulai tahun 1959. Pada asalnya Undang-undang Koperasi yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak adalah Ordinan Koperasi 1949 (Cap. 66 of The Laws of Sarawak) dan Ordinan Koperasi No. 3/1958 of Sabah dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, sehinggalah Akta Koperasi 1993 (Act 502) dikuatkuasakan.

Gerakan koperasi di Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti ekonomi; di antaranya seperti kredit, pengguna, pengisaran padi, perumahan, pembangunan tanah, kenderaan dan pengangkutan, pembalakan, kontraktor, perindustrian kecil dan insurans.

Di Semenanjung, koperasi-koperasi asas tani dan perikanan telah diserahkan penyeliaannya kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam tahun 1974.  Walau bagaimanapun, perkembangan tersebut tidak melibatkan koperasi-koperasi di Sabah dan Sarawak.


 

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Tingkat 10-15, 17-19, Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur
Tel: 03-40474000 Fax: 03-40474100