Bahasa Melayu    Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Maklumbalas | Peta Laman

08 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Kerajaan Malaysia  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Perikatan Koperasi Antarabangsa  My Koop 
Sistem Penyampaian Perkhidmatan Di Kawasan Lembah Klang  Institut Integriti Malaysia 
Multimedia Super Corridor  MAMPU
myideas 
myID Maktab Kerjasama Malaysia

 

 

visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 855
Semalam 1666
Minggu Ini 4535
Bulan Ini 13928
Jumlah Pelawat 718492
 

cetak


SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
PIAGAM PELANGGAN
 
Visi
Visi SKM ialah peneraju kecemerlangan koperasi bagi menjadikannya penyumbang berkesan kepada pembangunan negara.
 
Misi
Misi SKM ialah:
  1. Merangsang pembangunan koperasi supaya kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing, progresif dan berintegriti;
  2. Meningkatkan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi; dan
  3. Membangunkan modal insan yang kompeten dan berbudaya keusahawanan.
 

Dasar Kualiti

SKM bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang profesional, efisien dan berkualiti dalam masa yang dijanjikan, bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan. Proses ini melibatkan kerja berpasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

Untuk mencapai objektif tersebut, SKM melaksanakan sistem pengurusan kualiti selaras dengan kehendak MS ISO 9001:2008 di kalangan kakitangan SKM yang juga melibatkan komitmen pihak pengurusan atasan.

SKM sentiasa mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam organisasi serta berusaha ke arah mengatasi kekurangan tersebut dengan melaksanakan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti yang berterusan.

Semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri sentiasa bertanggungjawab memantau dan mengkaji prestasi di Bahagian/Negeri masing-masing dan akan mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera sekiranya prestasi kurang daripada yang disasarkan.

Dasar kualiti disampaikan kepada warga SKM melalui kaedah-kaedah komunikasi seperti poster, mesyuarat, perbincangan dan intranet.

Dasar kualiti sentiasa disemak semula sepanjang masa supaya sesuai dengan kehendak organisasi.

 

Objektif Kualiti

Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif kualiti SKM telah ditetapkan seperti berikut:

 

  1. Memastikan pendaftaran koperasi dilaksanakan dalam tempoh 28 hari bekerja dan pendaftaran pindaan Undang-undang Kecil Koperasi dilaksanakan dalam tempoh 38 hari bekerja dari tarikh penerimaan Dokumen Permohonan yang lengkap dan sempurna sehingga tarikh Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi dan tarikh Sijil Perakuan Pendaftaran Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi dikeluarkan dan diposkan kepada koperasi.
  2. Memastikan akaun koperasi yang lengkap dan sempurna diaudit dalam tempoh 55 hari bekerja dari tarikh penerimaannya sehingga tarikh Laporan Juruaudit dan tarikh Laporan Pengurusan Juruaudit ditandatangani dan diposkan kepada koperasi.
  3. Memastikan permohonan pinjaman/pembiayaan TMP-JPK yang lengkap dan sempurna diberi keputusan dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh penerimaannya sehingga tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TMP-JPK dan diposkan kepada koperasi.
  4. Memastikan aduan yang diterima mengenai koperasi diambil tindakan dan diselesaikan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh penjelasan diterima sehingga tarikh surat aduan dijawab dan diposkan kepada pengadu.
  5. Memastikan proses pembatalan koperasi diselesaikan dalam tempoh 70 hari bekerja dari tarikh perakuan pembatalan diterima sehingga tarikh Perintah Pembatalan Koperasi oleh Pengerusi Eksekutif SKM dan diposkan kepada koperasi.
 
Prestasi

1. Pendaftaran Koperasi

Janji

Menepati Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan

Melebihi Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan

Jumlah
Perkhidmatan

Jumlah
Menepati
Standard

%
Menepati
Standard

Jumlah
Melebihi
Standard

%
Melebihi
Standard

Memastikan pendaftaran koperasi dilaksanakan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh penerimaan Dokumen Permohonan yang lengkap dan sempurna.

1,483

94.38

485

5.62

1,968

 

2. Pendaftaran Pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi

Janji

Menepati Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan

Melebihi Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan

Jumlah
Perkhidmatan

Jumlah
Menepati
Standard

%
Menepati
Standard

Jumlah
Melebihi
Standard

%
Melebihi
Standard

Memastikan pendaftaran pindaan Undang-undang Kecil koperasi dilaksanakan dalam tempoh 35 hari bekerja dari tarikh penerimaan Dokumen Permohonan yang lengkap dan sempurna.

2,484

96.03

868

3.97

3,352

 

3. Pengauditan Akaun Koperasi

Janji

Menepati Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan

Melebihi Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan

Jumlah
Perkhidmatan

Jumlah
Menepati
Standard

%
Menepati
Standard

Jumlah
Melebihi
Standard

%
Melebihi
Standard

Memastikan akaun koperasi yang lengkap dan sempurna diaudit dalam tempoh 55 hari dari tarikh penerimaannya.

3,231

99

49

1

3,280

 

4. Pengurusan Pinjaman/Pembiayaan TMP-JPK

Janji

Menepati Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan

Melebihi Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan

Jumlah
Perkhidmatan

Jumlah
Menepati
Standard

%
Menepati
Standard

Jumlah
Melebihi
Standard

%
Melebihi
Standard

Memastikan permohonan pinjaman/pembiayaan TMP-JPK yang lengkap dan sempurna diberi keputusan dalam tempoh 55 hari dari tarikh penerimaannya.

254

93

20

7

274

 
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Tingkat 10-15, 17-19, Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur
Tel: 03-40474000 Fax: 03-40474100