Bahasa Melayu    Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Maklumbalas | Peta Laman

10 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Kerajaan Malaysia  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Perikatan Koperasi Antarabangsa  My Koop 
Sistem Penyampaian Perkhidmatan Di Kawasan Lembah Klang  Institut Integriti Malaysia 
Multimedia Super Corridor  MAMPU
myideas 
myID Maktab Kerjasama Malaysia

 

 

visit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_countervisit_counter
Hari Ini 197
Semalam 1180
Minggu Ini 6465
Bulan Ini 15858
Jumlah Pelawat 720422
 




Sejarah Permulaan Gerakan Koperasi di Malaysia


Idea berkoperasi mula diperkenalkan oleh Sir Arthur Young di Negeri-negeri Tanah Melayu pada tahun 1907. Masyarakat kurang menerima pada awalnya terutama dari kalangan masyarakat Melayu kerana terdapat unsur-unsur riba dalam urusan pinjam-meminjam yang diperkenalkan.

Pada 14 April 1921, En. A. Cavendish telah dihantar ke negara Burma untuk membuat kajian mengenai pergerakan koperasi di negara tersebut.




Tarikh-Tarikh Bersejarah Gerakan Koperasi di Malaysia


Tarikh-tarikh penting peristiwa gerakan koperasi di Malaysia adalah seperti berikut:

Tarikh/
Tahun

Turutan Peristiwa


28 Jun 1922


Undang-undang koperasi pertama Co-operative Societies Enactment 1922 diluluskan hasil daripada kajian dan beberapa perakuan yang dibuat oleh En. A. Cavendish.
1 Julai 1922

Pejabat Kemajuan Kerjasama ditubuhkan dan diketuai oleh
En. A. Cavendish (Pendaftar Pertama).
21 Julai 1922

Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjam Wang Pekerja-pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad didaftarkan.
3 Disember 1923

Syarikat Kampung Tebuk Haji Musa Bekerjasama-sama Dengan Tanggungan Berhad, Parit Buntar, Krian, Perak didaftarkan.
1924

Capt. Noor M. Hashim dilantik sebagai Penolong Pendaftar.
(orang melayu pertama)
1935
Enakmen 1922 disemak dan disiar sebagai FMS Cap. 97.
1938


Sebanyak 76 koperasi jenis kredit telah ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 30,626 orang dan yuran sebanyak RM6,393,100.
1939
Jumlah koperasi ialah 515 buah.
1941-1945
Pergerakan koperasi tidak aktif akibat Perang Dunia Kedua.
1948

Co-operative Societies Enactment 1922 dimansuhkan dan diganti dengan Co-operative Societies Ordinance 1948.
1949 Sarawak Co-operative Ordinance 1949 diluluskan.
1949 Koperasi Pemborong Malaya (MCWS) ditubuhkan.
1954

Sebanyak 172 koperasi jenis pemasaran telah didaftarkan dengan modal pusingan sebanyak RM10.5 juta.
2 Ogos 1954 Koperasi Insurans se Malaysia (MCIS) telah didaftarkan.
1954



Penubuhan Bank Persatuan Kerjasama. Kemudian ianya bergabung dengan Bank Agung Kampung Bekerjasama Persekutuan Tanah Melayu. Koperasi bank ini kemudiannya dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).



 

Halaman-halaman: 1  2  3  

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Tingkat 10-15, 17-19, Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350, Kuala Lumpur
Tel: 03-40474000 Fax: 03-40474100