Strategi Suruhanjaya
Strategi 1: Menggalakkan rakyat yang mempunyai keperluan bersama menyertai koperasi.
Strategi 2: Memberi bimbingan dan galakan kepada gerakan koperasi untuk mengukuhkan keupayaan ekonomi dan mewujudkan pengurusan koperasi yang profesional dan cekap.
Strategi 3: Membantu gerakan koperasi memainkan peranan lebih aktif dalam membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dengan menceburi bidang ekonomi yang lebih global.
Strategi 4: Membantu koperasi meningkat dan menggembleng sumber-sumber dana supaya lebih produktif.
Strategi 5: Memberi khidmat runding cara dan bimbingan kepada koperasi-koperasi yang baru didaftarkan.
Strategi 6: Menguatkuasa pematuhan Undang-undang.
Strategi 7: Meningkatkan amalan nilai-nilai berkoperasi.
Strategi 8: Memberi pendedahan yang lebih luas dalam bidang pengurusan koperasi dan perniagaan.
Strategi 9: Meningkatkan sumber manusia Suruhanjaya agar lebih terlatih, bersikap positif dan luas dalam membangunkan gerakan koperasi.
Strategi 10: Memberi bimbingan dan memulihkan koperasi-koperasi yang tidak aktif.
Strategi 11: Membangunkan sistem pengurusan data untuk menyokong perancangan Suruhanjaya dan mewujudkan pusat pengumpulan maklumat yang boleh digunapakai oleh gerakan koperasi.
Strategi 12: Meningkatkan budaya kerja berkualiti di dalam pengurusan serta menggalakkan inovasi melalui peningkatan penggunaan teknologi maklumat.
|