Pembiayaan Tabung Modal Pusingan

 

   
  | cetak
   
Tabung Modal Pusingan
(TMP-JPK)
   
 
PAUTAN PANTAS:
» MENGENAI TMP-JPK::
Mengenai TMP-JPK | Siapa Yang Layak Memohon | Syarat Kelayakan Memohon |
Jenis-jenis Pembiayaan | Pembiayaan/ Pinjaman Yang Ditawarkan | Kriteria Permohonan Yang Dipertimbangkan | Kriteria Permohonan Tidak Dipertimbangkan
 
» MENGEMUKAKAN PERMOHONAN::
Cara Memohon dan Dokumentasi
   
   

 
 
Mengenai TMP-JPK
 
TMP telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dalam tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.
 
 
Siapa Yang Layak Memohon
 
Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh SKM layak memohon.
 
 
Syarat Kelayakan Memohon
 
Syarat-syarat permohonan adalah:
 
i. Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
   
ii. Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit;
   
iii. Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable);
   
iv. Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi;
   
v. Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa telah diaudit dan;
   
vi. Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi.
 
   
Jenis-Jenis Pinjaman/ Pembiayaan
 
i. Modal Pusingan
 
a. Pengguna;
b. Pekerja-pekerja kontrak;
c. Perkhidmatan;
d. Ar-Rahnu/ Kredit.
   
ii. Pembangunan Hartanah
 
a. Pinjaman Sementara (Bridging Finance);
b. Bayaran Premium;
c. Kos Pembangunan.
   
iii. Pemilikan Harta
 
a. Membeli Tanah/ Bangunan/ Kilang;
b. Ubah suai/ baik pulih;
c. Pembinaan bangunan.
   
iv. Pengangkutan (Pembelian Kenderaan)
v. Asas Tani
vi. Pertanian
vii. Perindustrian
viii. Mesin/ Jentera
   
   
Pembiayaan/ Pinjaman Yang Ditawarkan
   
  Bil.   Jenis Pembiayaan  Jumlah Pembiayaan        Tempoh
       Pembiayaan

       (Maks. Tahun)
  1.   Tanpa Cagaran  ≤ RM50,000        5
  2.   Bercagar  RM50,001 RM10 juta        20
  
   
   
Kriteria Permohonan Yang Dipertimbangkan
 
i. Untuk membiayai projek ekonomi yang dilaksanakan dan dimajukan oleh koperasi sendiri.
   
ii. Wang pembiayaan hendaklah digunakan bagi tujuan seperti mana yang diluluskan.
   
iii. Sebarang perubahan tujuan penggunaan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TMP terlebih dahulu.
 
 
Kriteria Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan
 
i. Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang dilaksanakan oleh anak syarikat koperasi, atau pihak lain.
   
ii. Permohonan pembiayaan untuk tujuan pelaburan dalam saham. 
   
iii. Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang bertentangan dengan Hukum Syariah.
   
   
   
   
   

  

Halaman-halaman: 1  2  

 

MyGovernment KPDNKK SSM Myipo MKM Bank rakyat pns ica
mampu iim pcb SPRM MSC Mystandard Multimedia Super Corridor