Bahasa Melayu   |   English  |  Lain

  

Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Ibu Pejabat
SURUHANJAYA
KOPERASI MALAYSIA
Tingkat 10-15, 17-19,
Putra Place,
100 Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur

Tel: 03-40474000
Faks: 03-40474100
E-mel : webmaster@skm.gov.my

PETA LOKASI
[Peta Google]

[Direktori]

 

 

Kemukakan komen atau cadangan mengenai portal atau pertanyaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan SKM


Kemukakan sebarang aduan mengenai koperasi melalui Sistem Aplikasi Atas Talian SKM



 
 facebook
 Twitter
 Web Mobile
kalendar
pautan
undi
solat
prayer
pelawat
 

Print


 

Soalan Lazim (FAQ)
 

1.

Apakah itu koperasi?

 
Koperasi ialah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi.

 
2.

Apakah ciri-ciri koperasi?

 
-
 
 
Koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan anggota-anggotanya;
 
-
 
 
Koperasi bukannya berunsurkan politik. Anggotanya tidak boleh menggunakan koperasi sebagai tempat berpolitik;
 
-

 
 
Koperasi bukannya Kesatuan Pekerja (Trade Union). Konsep koperasi ialah tolong menolong antara satu sama lain, bukannya dengan cara berjuang menuntut hak-hak dari majikan;
 
-
 
Koperasi bukannya badan kebajikan;
 
-
 
 
Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan koperasi berdasarkan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi;
 
-
 
 
Syer dan yuran disumbangkan oleh anggota sebagai modal menjalankan perniagaan koperasi;
 
-
 
 
Setiap anggota mempunyai hak yang sama dalam membuat keputusan mengenai masa depan koperasi;
 
-
 
 
Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal dan atau yurannya sahaja;
 
-
 
Koperasi mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada anggota terlebih dahulu daripada mencari keuntungan semata-mata.

 
3.

Apakah Prinsip-prinsip Koperasi?

 
- Keanggotaan sukarela dan terbuka;
- Kawalan secara demokrasi oleh anggota;
- Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi; 
- Kebebasan autonomi;
- Pendidikan, latihan dan maklumat;
- Bekerjasama di antara koperasi-koperasi;
- Prihatin terhadap komuniti.

 

 

Halaman-halaman: 1  2  3  4  5  

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  Suruhanjaya Syarikat Malaysia  Suruhanjaya Harta Intelek Malaysia  Maktab Koperasi Malaysia  Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad  Perbadanan Nasional Berhad
Perikatan Koperasi Antarabangsa  MAMPU  Institut Integriti Malaysia  Biro Pengaduan Awam   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Multimedia Super Corridor  MyStandard