Bahagian Kewangan

 

| cetak
 
 
Hajah Norlian binti Mohammad Yusoff
PENGARAH BAHAGIAN
 
 
Pengenalan
 
Bahagian Kewangan bertanggungjawab merancang mengurus dan mengawal semua aktiviti berkaitan pengurusan kewangan. Bahagian ini diletakkan di bawah Sektor Pengurusan dan Kewangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
 
Bahagian ini terbahagi kepada dua (2) seksyen iaitu:
 
1. Kewangan
   
 
- Kewangan
- Sekretariat dan Perolehan
- Bajet
- Gaji
   
   
2. Akaun
   
 
- Bayaran dan Akaun
- Unit Amanah Suruhanjaya
- Khidmat Nasihat/ Naziran
 
 
Objektif
 
Merancang, mengurus dan mengawal semua aktiviti berkaitan pengurusan kewangan berdasarkan peraturan atau arahan yang telah ditetapkan seperti Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), Akta Acara Kewangan 1957, Perintah Am serta arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
 
 
Fungsi
 
- Membuat perancangan dan menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) Jabatan.
   
- Merancang, mengurus dan mengagihkan peruntukan Belanja Mengurus kepada semua cawangan negeri.
   
- Merancang dan menyelenggara pengurusan perakaunan menggunakan Sistem SAGA.
   
- Menyediakan penyata kewangan tahunan SKM untuk tujuan audit.
   
- Menguruskan peruntukan kewangan dan perbelanjaan agar mematuhi standard peraturan perakaunan yang diamalkan.
   
- Mengurus dan memproses semua bayaran dan terimaan.
   
- Menyedia, mengurus dan memproses gaji dan elaun semua pegawai dan kakitangan SKM.
   
- Mengurus, melaksanakan dan mentadbir hal-hal yang berkaitan perolehan kerajaan seperti sebutharga, rundingan terus dan tender.
   
- Memproses dan mengurus permohonan Pesanan Tempatan.
   
- Memproses bayaran tuntutan perjalanan pegawai dan kakitangan SKM.
   
- Merancang, menguruskan dan mengendalikan tempahan tiket kapal terbang pegawai dan kakitangan SKM.
   
- Membuat pembayaran dan menguruskan bil-bil semasa jabatan.
   
- Merekod segala hasil penerimaan Kumpulan Wang Operasi.
   
- Mengendalikan dan merekod transaksi akaun berkaitan Tabung Modal Pusingan SKM.
 
 
 
 *Dikemas kinikan sehingga 27 Feb. 2011
 
 
 
 

 

 

MyGovernment KPDNKK SSM Myipo MKM Bank rakyat pns ica
mampu iim pcb SPRM MSC Mystandard Multimedia Super Corridor