Bahagian Tribunal Koperasi

 

 
| cetak
 
 
Hamidun bin Datuk Haji Abdul Fatah
PENGERUSI TRIBUNAL
 
 
Pengenalan
 
Bahagian ini bertanggungjawab untuk mendengar dan menyelesaikan segala kes-kes pertikaian yang dirujuk di bawah seksyen 82(1) dan 82(2) Akta Koperasi 1993. Di samping itu bahagian ini juga terlibat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai Jabatan untuk menyelesaikan pertikaian yang dirujuk oleh koperasi.
 
 
Objektif dan Fungsi
 
Objektif bahagian ini ialah untuk mendengar dan memutuskan kes-kes pertikaian di bawah seksyen 82(1) dan (2) Akta Koperasi 1993 dengan lebih berkesan, cepat, kos yang berpatutan dan tatacara penyelesaian kes yang lebih mudah.
 
 
Fungsi bahagian ini ialah:-
 
i. Mendaftar dan menyelesaikan kes-kes pertikaian yang dirujuk oleh anggota, koperasi dan pihak-pihak lain.
   
ii. Menjalankan perbicaraan kes-kes tribunal; dan
   
iii. Mengeluarkan award, nota perbicaraan dan alasan penghakiman kepada pihak-pihak yang memerlukan.
 
 
 
 
 

 

MyGovernment KPDNKK SSM Myipo MKM Bank rakyat pns ica
mampu iim pcb SPRM MSC Mystandard Multimedia Super Corridor