Jamaliah      
    H A J A H  J A M A L I A H  B I N T I  I S M A I L
 
jamaliah[at]skm[dot]gov[dot]my
    PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN 
  directory
DIREKTORI BAHAGIAN
     
 

 

Pengenalan
Penubuhan Bahagian ini adalah selaras dengan objektif dan fungsi Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Seksyen 4(a) dan 23(e) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu:

Seksyen 4(a) – Objektif
”Merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian sosio-ekonomi negara”

Seksyen 23 – Fungsi
“Untuk mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya” Bagi menyokong objektif dan fungsi tersebut, Bahagian ini telah dibahagikan kepada tiga (3) Unit utama seperti berikut:
(i) Unit Pembangunan Perniagaan I
(ii) Unit Pembangunan Perniagaan II
(iii) Unit Insentif Perniagaan
Objektif
Merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian sosio-ekonomi negara
Fungsi
(i) Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program pembangunan koperasi mengikut sektor ekonomi utama seperti berikut:
- Sektor Pemborongan & Peruncitan;
- Sektor Pertanian & Industri Asas Tani;
- Sektor Perladangan. - Sektor Pembangunan Hartanah & Industri Pembinaan; dan
- Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan

(ii) Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program pembangunan koperasi dengan kerjasama pelbagai Kementerian/Agensi serta projek khas pembangunan koperasi;

(iii) Memudahcara pelaksanaan program pembangunan koperasi melalui khidmat nasihat dan bimbingan, mentoring & coaching, pemadanan perniagaan (business matching), jaringan perniagaan (business networking) dan pemasaran;

(iv) Merancang penyediaan dan permohonan bajet pembangunan koperasi di bawah sumber-sumber dana seperti berikut:
- Rancangan Malaysia Lima Tahun;
- Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi; dan
- Dana-dana lain (kerjasama strategik).

(v) Menguruskan bajet pembangunan koperasi (permohonan & pembayaran);

(vi) Memantau prestasi bajet pembangunan koperasi;

(vii) Menyediakan kajian keberkesanan program pembangunan koperasi (penilaian prestasi, inspektorat & laporan impak/outcome); dan

(viii) Menyedia dan memantau maklumbalas audit prestasi serta audit pematuhan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak ke atas dana program pembangunan koperasi.