Alat Kebolehcapaian

banner-03New
banner-02New
banner-01New
banner-HKHM
banner-03New.jpg
banner-02New.jpg
banner-01New.jpg
banner-HKHM.jpg
previous arrow
next arrow

Kenyataan Rasmi Isu Pelaburan Dalam Koperasi Makmur Malaysia Berhad

KENYATAAN RASMI

ISU PELABURAN DALAM KOPERASI MAKMUR MALAYSIA BERHAD

SuruhanjayaKoperasiMalaysia(Suruhanjaya)sedia maklum mengenai isu pelaburan dalam Koperasi Makmur Malaysia Berhad (KOMAKMUR) yang merupakan sebuah koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] yang telah didaftarkan pada 26 Januari 2018.

Berhubung dengan isu pelaburan koperasi, Suruhanjaya telah menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 64 Akta 502 ke atas KOMAKMUR pada 19 Jun 2023. Hasil pemeriksaan tersebut, suatu perintah bertulis telah dikeluarkan bagi tindakan pembetulan dan pemulihan oleh KOMAKMUR.

Susulan daripada pemeriksaan yang sama, suatu kertas siasatan telah dibuka dan sedang dijalankan. Sehubungan itu, Suruhanjaya menasihat orang ramai untuk menghubungi Suruhanjaya di talian 03-2083 4000 sebelum membuat sebarang pelaburan di koperasi.

UNIT HAL EHWAL ANTARABANGSA & KOMUNIKASI KORPORAT SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

10 FEBRUARI 2025

Hakcipta @ 2025 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Bantuan
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html