Alat Kebolehcapaian

Latar Belakang

Image

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).

Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi ketika itu bertempat di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ianya kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.

Nama Jabatan Kemajuan Kerjasama telah diubah kepada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dalam akhir tahun tujuh puluhan. Enakmen Tahun 1922 itu telah dimansuh dan digantikan dengan Akta Koperasi 1948 (Disemak 1983).

Akta Koperasi 1993 (Act 502) kemudiannya telah digubal bagi menyatukan undang-undang koperasi di seluruh Malaysia dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1994.

Image

Fungsi Kami

  1. Mempromosikan dan mengekalkan kestabilan sektor koperasi
  2. Menggalakkan dan menyokong pembangunan koperasi yang kukuh dan stabil
  3. Bertindak sebagai pemegang amanah serta menguruskan sebarang skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk koperasi
  4. Memberi nasihat kepada Menteri mengenai semua perkara berkaitan koperasi dan sektor koperasi
  5. Melaksanakan sebarang fungsi di bawah mana-mana undang-undang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui notis yang diterbitkan dalam Warta
  6. Bertanggungjawab dalam pemantauan, penyeliaan, dan pengawalseliaan koperasi serta sektor koperasi 

  7. Mengekalkan nilai dan prinsip koperasi
  8. Mendaftarkan serta membatalkan pendaftaran koperasi;
  9. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi koperasi menjalankan aktiviti mereka.
Hakcipta @ 2025 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Penafian |

Dasar Privasi

| Dasar Keselamatan | Peta Laman | Bantuan
EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html