Alat Kebolehcapaian

Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia

Koperasi Terbaik Malaysia merupakan pengiktirafan berprestij yang dianugerahkan kepada koperasi yang mencapai tahap kecemerlangan dalam pelbagai aspek, termasuk prestasi kewangan, pengurusan dan tadbir urus, pematuhan perundangan serta sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi anggota. Penilaian ini dilaksanakan mengikut piawaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) dan diselaraskan dengan kriteria antarabangsa yang ditetapkan oleh International Co-operative Alliance (ICA).

Objektif utama penyenaraian di dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia adalah bukan sekadar penghormatan dan pengiktirafan, malah menjadi penanda aras kecemerlangan koperasi di Malaysia dengan meningkatkan keyakinan anggota untuk terus setia dan aktif dalam koperasi, mengukuhkan kepercayaan industri terhadap sektor koperasi, menyediakan landasan untuk koperasi bersaing secara kompetitif dalam pasaran terbuka dan seterusnya memastikan koperasi kekal relevan sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negara.

Penilaian bagi penyenaraian di dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia dilaksanakan melalui tiga (3) proses utama iaitu:

  1. Penilaian Faktor Kewangan (FK)
    Pencapaian dalam aspek pendapatan, aset dan ekuiti dinilai berdasarkan Purata Nilai Industri Koperasi (PNK). Hanya koperasi yang melepasi penilaian faktor kewangan akan dipertimbangkan, meskipun mereka memiliki jumlah aset atau ekuiti yang besar.

  2. Penilaian Faktor Bukan Kewangan (FBK)
    Penilaian ini dilaksanakan oleh Pegawai Penyelia Koperasi, Anggota Lembaga Koperasi dan Anggota Koperasi yang layak dicalon bagi tahun penilaian. Ianya dilaksanakan secara atas talian melalui google forms.

  3. Penilaian Kelestarian oleh Bahagian-Bahagian di Ibu Pejabat
    Aspek kecekapan tadbir urus, kepatuhan undang-undang, komitmen terhadap pembangunan anggota dan impak kepada masyarakat turut diberi perhatian.
Hakcipta @ 2025 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Penafian |

Dasar Privasi

| Dasar Keselamatan | Peta Laman | Bantuan
EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html