Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.
Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Majlis ini diadakan sebagai tanda pengiktirafan Kerajaan kepada gerakan koperasi di atas peranan dan sumbangan yang telah diberikan gerakan ini dalam usaha pembangunan sosio ekonomi negara.




