Pengenalan
Dasar Koperasi Negara telah lancarkan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 2012 mengandungi 3 KRA atau Key result Area iaitu meliputi :
- Pembangunan aktiviti ekonomi koperasi;
- Keyakinan masyarakat;
- Kawalselia dan tadbir urus yang baik;
Dasar Koperasi Negara II (DKN2), telah dirangka bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi memeta tindakan dan arah tuju koperasi ke arah pencapaian Wawasan 2020. DKN2 bagi tempoh 2011 hingga 2020 adalah kesinambungan kepada DKN1 yang berakhir pada 2010.
Landskap Dasar Koperasi Negara telah menggariskan 5 Teras Strategik untuk dicapai iaitu:
- TS1: Merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi
- TS2: Memantapkan keupayaan dan kebolehan koperasi
- TS3: Mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi
- TS4: Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi
- TS5: Memperkukuhkan koperasi melalui seliaan dan penguatkuasaan berkesan
Untuk mencapai dasar yang dirangka, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengenal pasti 5 bidang ekonomi bernilai tinggi sebagai EPP untuk diberi penumpuan iaitu:
- Perkhidmatan Kewangan;
- Pemborongan dan Peruncitan;
- Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan;
- Pertanian dan Industri Asas Tani;
- Perladangan
Mengenai Projek EPP
Sektor kewangan adalah penyumbang terbesar dan menjadi tulang belakang kepada gerakan koperasi negara. Sehingga Disember 2011, sebanyak 80% daripada sumbangan koperasi adalah datangnya daripada sektor kewangan. Pengukuhan koperasi dalam perkhidmatan Kewangan membolehkan perolehan ditingkatkan daripada 64% kepada 70% menjelang 2020.
Bagi tujuan meningkatkan lagi aktiviti dalam sektor ini, koperasi-koperasi digalakkan untuk menawarkan produk kewangan baru seperti Ar-Rahnu, pembiayaan mikro kredit, gabungan koperasi-koperasi Kredit, Kad Coop, serta wakil Khidmat Bank Rakyat serta lain-lain aktiviti pembiayaan yang boleh menyokong pembangunan perniagaan dan perusahaan selain menghadkan kepada pembiayaan peribadi sahaja.




