SKM bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang profesional, efisien dan berkualiti dalam masa yang dijanjikan, bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan. Proses ini melibatkan kerja berpasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.
SKM sentiasa mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam organisasi serta berusaha ke arah mengatasi kekurangan tersebut dengan melaksanakan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti yang berterusan.
Semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri sentiasa bertanggungjawab memantau dan mengkaji prestasi di Bahagian/ Negeri masing-masing dan akan mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera sekiranya prestasi kurang daripada yang disasarkan.
Dasar kualiti disampaikan kepada warga SKM melalui kaedah-kaedah komunikasi seperti poster, mesyuarat, perbincangan dan intranet. Dasar kualiti sentiasa disemak semula sepanjang masa supaya sesuai dengan kehendak organisasi.




