Menjalankan aktiviti merancang, menggubal, menyelaras, memantau, mengkaji serta menambahbaik dasar-dasar berkaitan SKM dan gerakan koperasi termasuk melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
1. Menguruskan hal ehwal berkaitan parlimen;
2. Menetap, memantau dan menilai pencapaian Key Performance Indicator (KPI) Kementerian dan SKM;
3. Menjalinkan hubungan kerjasama antara SKM dengan Kementerian dan agensi Kerajaan di peringkat pusat dan negeri termasuk luar negara, koperasi dan pihak swasta;
4. Mengumpulkan data dan maklumat dari bahagian-bahagian lain di SKM dan pihak-pihak lain bagi penggubalan dasar-dasar SKM dan gerakan koperasi;
5. Menyediakan laporan-laporan semasa dan berkala yang berkaitan dengan SKM dan gerakan koperasi yang diperlukan oleh Kementerian dan agensi Kerajaan di peringkat pusat dan negeri termasuk luar Negara;
6. Mengurus dan memantau pelaksanaan Dasar-dasar yang telah digubal dalam konteks SKM dan gerakan koperasi seperti:
i. Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030;
ii. Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030;
iii. Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025;
iv. Pelan Transformasi SKM (PS) 2021-2025; dan
v. Pelan Strategik MEDAC 2021-2025.
7. Mengurussetiakan mesyuarat-mesyuarat