- SKM komited memajukan koperasi melalui persekitaran yang kondusif bagi membangunkan koperasi yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara
- SKM memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui penambahbaikan proses kerja yang dinamik untuk membantu mencapai dasar-dasar pembangunan koperasi
- Anggota kerja SKM diberi latihan dan diterapkan dengan nilai-nilai murni serta jaminan kemajuan kerjaya supaya mereka berkhidmat dengan kompeten, ikhlas, berintegriti dan penuh komitmen; dan
- SKM memastikan koperasi dikawal selia secara berterusan dan profesional berlandaskan Akta dan Peraturan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi.




