
1. Bahagian Undang-Undang berperanan sebagai badan penasihat khususnya di dalam memberi nasihat berkaitan aspek perundangan khususnya berhubung Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, Akta Koperasi 1993, Perundangan Subsidiari di bawah Kedua-dua Akta tersebut dan undang-undang Malaysia yang lain berkenaan dengan perkara yang dirujuk oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia termasuk:-
a. mentafsir undang-undang;
b. menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Suruhanjaya adalah menurut undang-undang;
c. menghadiri sesi persidangan Parlimen untuk memberi apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki kepada Menteri.
2. Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya Suruhanjaya merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Suruhanjaya dilindungi.
3. Menyemak dan menyediakan naskhah pewartaan dan dokumen-dokumen untuk tandatangan/ persetujuan YB Menteri, Pengerusi Eksekutif apabila dirujuk oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
4. Mengubal dan menyemak perundangan utama dan perundangan subsidiari Rang Undang-Undang dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris termasuk :-
a. memberikan pendapat tentang penggubalan perundangan utama dan perundangan subsidiari;
b. memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Suruhanjaya berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang, peraturan, garis panduan dan pekeliling mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Suruhanjaya.
5. Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Suruhanjaya.
6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti diarahkan dari masa ke semasa.