
Sedang Dikemaskini
Terma Rujukan Unit Audit Dalaman SKM adalah seperti di pautan <berikut>.
Sedang Dikemaskini
Sedang Dikemaskini
i. Bidang kuasa Bahagian Audit Dalam diwujudkan melalui Jawatankuasa Audit SKM (JAD) yang telah diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah SKM. Bahagian ini secara fungsinya melapor kepada JAD, dan melapor kepada Pengerusi Eksekutif SKM (PE) bagi urusan pentadbirannya;
ii. Bahagian Audit Dalam mempunyai capaian penuh, bebas dan tidak terhad terhadap sebarang maklumat, rekod, sistem, aset, fungsi, operasi dan wargakerja di SKM, cawangan serta subsidiari SKM;
iii. Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab untuk menjalankan pengauditan dalaman atau siasatan secara bebas, cekap, berintegriti dan berkualiti berasaskan bukti yang sahih dan seterusnya mengeluarkan laporan yang benar dan saksama terhadap aktiviti pengauditan dalaman yang dijalankan;
iv. Bahagian Audit Dalam mempunyai autoriti untuk mengesyorkan tindakan pembetulan atau penambahbaikan terhadap proses atau aktiviti yang diaudit; dan
v. Bahagian Audit Dalam perlu menjaga kerahsiaan terhadap maklumat-maklumat yang diperolehi.
Kebebasan Bahagian Audit Dalam adalah penting bagi mengelakkan pertimbangan yang tidak adil dan berat sebelah. Ia dapat dilaksanakan melalui kaedah-kaedah sepeti berikut:
1. Status Bahagian Audit Dalam di dalam struktur SKM keseluruhannya mestilah cukup jelas bagi membenarkan juruaudit menyempurnakan objektif audit;
2. Kedudukan dan status Ketua Audit Dalam mestilah setara dengan kedudukan dan status pengarah-pengarah bahagian, negeri dan unit yang lain bagi membolehkan beliau berurusan secara berkesan dengan rakan setara dan pihak atasan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau;
3. Mengelak percanggahan kepentingan yang mungkin timbul daripada hubungan profesional atau peribadi juruaudit dengan wargakerja atau entiti yang diaudit;
4. Kebebasan untuk merancang, menyiasat dan melapor daripada sebarang elemen kawalan, pengaruh, tekanan atau sekatan luar dalam memilih teknik, mendapatkan maklumat serta menyediakan kenyataan sebenar hasil pemeriksaan audit; dan
5. Bahagian Audit Dalam tidak mereka bentuk dan menetapkan prosedur, menyediakan rekod atau terlibat dengan aktiviti lain yang lazimnya dikaji dan dinilai semula yang boleh ditafsirkan berkompromi dengan kebebasan dan objektifnya. Namun begitu, kebebasan Bahagian Audit Dalam tidak akan terjejas dalam mencadangkan tahap kawalan yang akan digunapakai dalam membangunkan sesuatu sistem atau prosedur
Kebebasan Bahagian Audit Dalam adalah penting bagi mengelakkan pertimbangan yang tidak adil dan berat sebelah. Ia dapat dilaksanakan melalui kaedah-kaedah seperti berikut:
1. Perancangan Audit
i. Menyediakan Perancangan Audit Tahunan untuk tahun yang akan datang dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit SKM Suku Keempat (Oktober-Disember) untuk mendapatkan kelulusan daripada JAD.
2. Pelaksanaan Kajian Audit
i. Menyediakan dan menghantar laporan keseluruhan audit kepada auditee dalam tempoh empat belas (14) hari selepas mesyuarat penutup (exit-meeting) diadakan dengan pihak auditee; dan
ii. Memastikan laporan audit disediakan secara benar dan saksama.
3. Kajian Audit Susulan
i. Membuat lawatan audit susulan ke atas pihak auditee untuk memastikan pelaksanaan tindakan penambahbaikan dalam tempoh enam (6) bulan selepas laporan keseluruhan audit dibentangkan di dalam Mesyuarat JAD.
4. Mesyuarat JAD
i. Mengeluarkan draf minit mesyuarat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mesyuarat diadakan; dan
ii. Mengedarkan minit mesyuarat dan cabutan minit mesyuarat kepada pihak yang berkaitan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas minit mesyuarat disahkan oleh Pengerusi JAD.