
Sedang Dikemaskini
Sedang Dikemaskini
i. Unit Perkhidmatan dan Perjawatan
Fungsi unit ini adalah seperti berikut:
• Menguruskan segala urusan perjawatan dan kebajikan pegawai dan kakitangan;
• Menguruskan emolumen dan lain-lain perkhidmatan berkaitan;
• Menguruskan urusan displin dan tatatertib;
• Melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia;
• Menguruskan segala urusan pengembang koperasi
ii. Unit Latihan dan Peperiksaan
Program-program latihan kakitangan yang dikendalikan oleh unit ini adalah dikategorikan seperti berikut:-
• Latihan Dalaman - anjuran SKM di dalam negeri; dan
• Latihan Luaran - anjuran SKM/ agensi kerajaan/ swasta di dalam negeri. Latihan yang diberikan adalah menjurus ke arah mewujudkan barisan tenaga kerja SKM yang berpengetahuan dan terlatih.
iii. Unit Kualiti dan Inovasi
Unit ini bertanggungjawab memantau pelaksanaan berkaitan dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU dari semasa ke semasa. Penekanan utama unit ini ialah berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan pembentukan budaya inovasi dan kreativiti di SKM.