Alat Kebolehcapaian

23 April 2022 : Seramai 40 anak yatim dan asnaf telah terpilih menerima sumbangan Khidmat Sosial Korporat Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia YBhg. Dato' Haji Mohd Tajudin bin Abdullah.

Aktiviti:

Seramai 40 anak yatim dan asnaf telah terpilih menerima sumbangan Khidmat Sosial Korporat Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia YBhg. Dato' Haji Mohd Tajudin bin Abdullah. Sumbangan berupa kelengkapan pakaian raya sempena Hari Raya Aidilfitri sedikit sebanyak membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada anak yatim dan asnaf ini bagi meraikan lebaran yang bakal menjelma ini. Hadir bersama dalam membantu program sumbangan ini ialah Puan Hajah Norzila binti Nayan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Muhammad Shukur bin Md Saffar Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah dan Pegawai Wilayah Sik/Baling Encik Wan Sharifuddin bin Arifin Program sumbangan ini diadakan di Mydin, Alor Setar, Kedah dan mendapat liputan media RTM Kedah.

  • -
  • -

Hakcipta @ 2025 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Penafian |

Dasar Privasi

| Dasar Keselamatan | Peta Laman | Bantuan
EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html