Alat Kebolehcapaian

Memohon Kelulusan Mengaudit Koperasi

1. Sila layari laman sesawang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (www.skm.gov.my)

2. Cari Perkhidmatan Dalam Talian dan klik Modul Permohonan Juruaudit Swasta.

3. Sistem Permohonan Atas Talian (Online) SKM akan dipaparkan. Sekiranya paparan tersebut tidak muncul, sila benarkan paparan pop-ups blocker.

4. Bagi pengguna baru, sila klik Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar ID dan kata laluan.
sistem-permohonan-atas-talian-1

Pilih jenis pengguna individu dan masukkan maklumat yang diperlukan di paparan pendaftaran sistem dan klik butang hantar.

 sistem-permohonan-atas-talian-2

Pengesahan ID dan kata laluan akan dihantar ke e-mel pengguna yang didaftarkan. Untuk mengaktifkan ID Pengguna, sila buat pengesahan dengan klik pautan URL melalui e-mel yang dihantar.

5. Klik butang Daftar Masuk bagi yang telah mempunyai ID dan kata laluan.
6. Bagi permohonan kelulusan mengaudit akaun koperasi:


(i) Kali pertama


a. Pilih tab borang dan klik permohonan juruaudit swasta;
b. Sila baca terma dan syarat serta tandakan kotak pengakuan;
c. Sila klik butang seterusnya dan lengkapkan semua butiran;
d. Sila muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan*; dan
e. Sila tandakan kotak pengakuan dan klik butang hantar.


(ii) Pembaharuan


a. Pilih tab juruaudit swasta dan klik pembaharuan lesen;
b. Kemaskini dan lengkapkan semua butiran;
c. Sila muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan*; dan
d. Sila tandakan kotak pengakuan dan klik butang hantar.

 

PERHATIAN : Juruaudit hendaklah memperbaharui kelulusan mengaudit DALAM TEMPOH 2 BULAN sebelum tamat kelulusan.

 

Hakcipta @ 2025 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Penafian |

Dasar Privasi

| Dasar Keselamatan | Peta Laman | Bantuan
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html