1. Aduan dan Maklumbalas Melibatkan Koperasi
Kategori Aduan:
Aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:
- Aduan di bawah kategori pertama lazimnya berkaitan dengan isu-isu berikut:
- Keanggotaan/ Syer/ Yuran
- Pembayaran Dividen
- Pemberhentian Anggota/ Pengeluaran Saham/ Syer
- Projek Perumahan (tidak siap mengikut jadual)
- Pengeluaran Pinjaman
Mengemukakan Aduan Mengenai Koperasi:
Aduan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia perlulah mengikut panduan berikut:
i. Aduan hendaklah dibuat mengikut format borang aduan.
ii. Dalam mengemukakan aduan, pengadu hendaklah mengenal pasti kategori aduan tersebut terlebih dahulu sama ada di bawah kategori pertama atau kedua.
iii. Jika berkaitan dengan kategori pertama, pengadu adalah dinasihatkan supaya mengemukakan aduan kepada koperasi dan salinkan aduan tersebut kepada Pejabat SKM Negeri/ Wilayah dan kepada Ibu Pejabat SKM (jika perlu).
iv. Bagi aduan yang berkaitan dengan kategori kedua, pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada Pendaftar Koperasi Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada koperasi berkenaan.
v. Walau bagaimanapun SKM amat menggalakkan dalam setiap aduan (sama ada di bawah kategori pertama atau kedua), pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada koperasi terlebih dahulu untuk tindakan penyelesaian. Hanya jika tiada maklum balas daripada pihak koperasi aduan tersebut boleh dikemukakan kepada Pejabat SKM Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada Ibu Pejabat SKM.
i. Klik pautan berikut : Sistem Aduan & Maklumbalas
ii. Kemukakan aduan melalui sistem
iii. Semak status semasa aduan yang dikemukakan
2. Aduan dan Maklumbalas Melibatkan Pertanyaan/ Aduan Umum dan Lain-lain
Sebarang pertanyaan/ aduan umum dan lain-lain yang diterima SKM akan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh ianya diterima.
Pertanyaan/ Aduan Umum/ Lain-lain Melalui Sistem Dalam Talian:
i. Klik pautan berikut : Sistem Aduan & Maklumbalas
ii. Kemukakan aduan melalui sistem
iii. Semak status semasa aduan yang dikemukakan




