Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang melaksanakan satu siri kaji selidik ke atas para usahawan di seluruh negara mulai 1 Jun 2023 sehingga 30 Jun 2023. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas usahawan berkaitan tahap kesedaran dan penerapan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) serta pendigitalan dalam perniagaan.









