|
Dedikasi, integriti amalan kami Keazaman dengan kesungguhan Kemajuan lambang kejituan usaha Warga SKM, berwawasan Kegigihan, berpasukan Itulah jati diri kami Jujur dan ikhlas dalam mencurah jasa
Koperasi progresif, oh.. Beri galakan kepada yang memerlukan Dengan bimbingan dan juga pendedahan Khidmat bantuan akan terus diberikan Koperasi ke era kecemerlangan SKM peneraju koperasi Ke era kecemerlangan
Inilah ikrar warga SKM oh... Beri galakan kepada yang memerlukan Dengan bimbingan dan juga pendedahan Khidmat bantuan akan terus diberikan Koperasi ke era kecemerlangan SKM peneraju koperasi Ke era kecemerlangan
|
Tubuhnya mekar tersurat sudah Pencetus amanah terbitan bangsa Jatuh bangun generasi bertuah Menongkah arus cabaran dunia
Ekonomi mampan milik semua Kecil dan besar hendak berjaya Semangat kental tak pernah padam Diasuh dibimbing siang dan malam
Korus: Koperasi seiring aspirasi negara Matlamat terpuji meliputi segala Segenap insan sedia terbela Menggarap kejayaan di bumi Malaysia
Tingkatkan perkhidmatan untuk berjaya Terapkan nilai selaras dasar semasa Prinsip dan falsafah koperasi difahami Itulah kunci kecemerlangan koperasi
Ulang Korus: Koperasi seiring aspirasi negara Matlamat terpuji meliputi segala Segenap insan sedia terbela Menggarap kejayaan di bumi Malaysia
|
Kita memegang amanah bangsa Kita juga telah berikrar Taat setia korban tenaga Bela bangsa dan negara
Etika kerja kita amalkan Tekun, jujur dan berbudaya Gandakan hasil dan pembangunan Berkhidmat bakti berjasa
Agama asas pegangan Perlembagaan Negara dijulang Rukun Negara jadi pedoman Kitalah benteng Malaysia!
|