


banner-02New.jpg
banner-01New.jpg
Pembangunan-2026.jpg
Kenyataan Rasmi Isu Pelaburan Dalam Koperasi Makmur Malaysia Berhad
KENYATAAN RASMI
ISU PELABURAN DALAM KOPERASI MAKMUR MALAYSIA BERHAD
SuruhanjayaKoperasiMalaysia(Suruhanjaya)sedia maklum mengenai isu pelaburan dalam Koperasi Makmur Malaysia Berhad (KOMAKMUR) yang merupakan sebuah koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] yang telah didaftarkan pada 26 Januari 2018.
Berhubung dengan isu pelaburan koperasi, Suruhanjaya telah menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 64 Akta 502 ke atas KOMAKMUR pada 19 Jun 2023. Hasil pemeriksaan tersebut, suatu perintah bertulis telah dikeluarkan bagi tindakan pembetulan dan pemulihan oleh KOMAKMUR.
Susulan daripada pemeriksaan yang sama, suatu kertas siasatan telah dibuka dan sedang dijalankan. Sehubungan itu, Suruhanjaya menasihat orang ramai untuk menghubungi Suruhanjaya di talian 03-2083 4000 sebelum membuat sebarang pelaburan di koperasi.
UNIT HAL EHWAL ANTARABANGSA & KOMUNIKASI KORPORAT SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
10 FEBRUARI 2025

Contact Us
Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 03-2083-4000
Fax : 09-2083-4100
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia.
Updated at:
Copyright @ 2025 Malaysia Cooperative Societies Commission
Disclaimer |
Disclaimer |




