Accessibility Tools

Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam Peringkat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri

Aktiviti :

Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam peringkat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri disempurnakan oleh YBrs. Tuan Rusli bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif SKM dan disaksikan oleh YBrs Tuan Amran bin Abd Kadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan YBrs. Tuan Azam bin Sulaiman, Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan). Ini sebagai tanda keperihatinan SKM bagi mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.

TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN 1

12 Oktober 2023 – Majlis Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DAKOM 2030) dan Peluncuran Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2023

Aktiviti :

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) dan Peluncuran Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2023 bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor.

10 Oktober 2023 – Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) 2023

Aktiviti :

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) 2023 yang dipengerusikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

22 Julai 2023 – Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2023

Aktiviti :

MAJLIS PERASMIAN HARI KOPERASI NEGARA 2023. Majlis telah disempurnakan dengan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor Ketua Menteri Sabah. Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama pasangan YBhg. Datin Connie Parantis, YBhg. Dato’ Seri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP, YBrs. Tuan Rusli bin Jaafar, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Ahli Lembaga Pengarah SKM dan pengunjung-pengunjung Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tempatan dan tarian kebudayaan serta penyampaian hadiah cabutan bertuah antaranya sebuah kereta produa axia, beberapa buah motor, basikal, barang elektrik dan banyak lagi.

HKN BANNER TEPI SKM

23 Jun 2023 (Jumaat) – Majlis Ringkas Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Aktiviti:

Majlis ringkas penyerahan watikah pelantikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan Koperasi (KUSKOP) kepada YBrs. Encik Rusli bin Jaafar.

TAHNIAH TUAN RUSLI

Copyright @ 2025 Malaysia Cooperative Societies Commission
Disclaimer |

Privacy Policy

| Security Policy | Sitemap | Help
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List

MS
custom_html
FAQ
custom_html
custom_html
custom_html