Adalah dimaklumkan bahawa, SKM akan menggunakan perkhidmatan MyGovUC yang dikendalikan oleh pihak MAMPU. 
Untuk makluman Tuan/Puan, pelaksanaan migrasi akan dilaksanakan pada 22 Ogos 2022 (Isnin) jam 5.30 Petang
sepanjang tempoh ini semua penerimaan dan penghantaran e-mail yang dikendalikan oleh SKM tidak akan berfungsi.
Penghantaran dan penerimaan e-mel MyGovUC akan aktif adalah pada 23 Ogos 2022 dan
untuk mengakses ke platform baharu MyGovUC buat kali pertama, 
semua pegawai akan menerima e-mel pengaktifan yang mengandungi kata laluan sementara melalui e-mel SKM sedia ada.
 
 

PELAWAAN  KEMUDAHAN PENAJAAN BIASISWA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan kemudahan Biasiswa SKM Tahun kepada pegawai dan kakitangan SKM, pelajar-pelajar IPT dan anggota Koperasi di seluruh Malaysia bagi pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Kolej i-COOP.

Pelajar-pelajar yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Akademik seperti yang ditetapkan iaitu:

           Diploma

            -           Lulus Bahasa Melayu dan kredit tiga subjek dalam Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  atau  setaraf.

                     Ijazah Sarjana Muda

            -           Lulus Bahasa Melayu dan kredit tiga subjek dalam Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  atau  atau  setaraf; atau

            -           Lulus  Diploma  atau  Matrikulasi  dengan  mendapat  sekurang-kurangnya  PNGK  / CGPA 3.00; atau

            -           Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang diiktiraf  setaraf; atau

            -           Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau setaraf.

                      Ijazah (Sarjana)

-           Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00.

Doktor Falsafah (Ph.D)

-           Lulus Ijazah Sarjana dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dokumen tambahan yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak permohonan. Tawaran ini dibuka sepanjang masa dan borang yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Akademi SKM untuk tindakan lanjut. 

BORANG PERMOHONAN BIASISWA SKM 2021           SENARAI SEMAK BIASISWA SKM 2021

Untuk sebarang pertanyaan hubungi Puan Nur Amalina binti Abdullah di talian 03-2083 4095 / 012-9190981.

Tarikh Tutup 30 April 2023

PELAWAAN  KEMUDAHAN PENAJAAN BIASISWA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA TAHUN BAGI PERINGKAT PROFESIONAL (PERAKAUNAN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan kemudahan Biasiswa SKM kepada pegawai kanan SKM dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) serta pegawai pengurusan koperasi bagi pengajian peringkat Profesional (Perakaunan) secara separuh masa dan sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pemohon-pemohon yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti yang ditetapkan iaitu:

 i.         pegawai kanan SKM dan IKM yang berkhidmat lebih 5 tahun;

ii.        pegawai pengurusan koperasi yang bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun;

iii.       prestasi pencapaian kerja melebihi 85%: dan

iv.       mengikut tawaran pengajian IPTA.     

BORANG PERMOHONAN BIASISWA SKM 2021       SENARAI SEMAK BIASISWA SKM 2021

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dokumen tambahan yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak permohonan.

Tawaran ini dibuka berdasarkan permohonan kepada Akademi SKM untuk tindakan lanjut. 

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nur Amalina binti Abdullah di talian 03-2083 4095 / 0129190981.

Tarikh Tutup 30 April 2023