Mengenai Polisi Data Terbuka Kerajaan |
Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat dan agensi Sektor Awam atau Swasta. Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan e-Kerajaan. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan jabatan. Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat: Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 |
Senarai Dataset Terkini |
Untuk mendapatkan senarai penuh dataset yang telah diterbitkan, pengguna boleh merujuk kepada carian berkaitan "koperasi" di laman - Malaysian Open Data Portal [ Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ]. |