Dasar Kualiti
SKM bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang profesional, efisien dan berkualiti dalam masa yang dijanjikan, bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan. Proses ini melibatkan kerja berpasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan. SKM sentiasa mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam organisasi serta berusaha ke arah mengatasi kekurangan tersebut dengan melaksanakan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti yang berterusan.Semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri sentiasa bertanggungjawab memantau dan mengkaji prestasi di Bahagian/ Negeri masing-masing dan akan mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera sekiranya prestasi kurang daripada yang disasarkan. Dasar kualiti disampaikan kepada warga SKM melalui kaedah-kaedah komunikasi seperti poster, mesyuarat, perbincangan dan intranet. Dasar kualiti sentiasa disemak semula sepanjang masa supaya sesuai dengan kehendak organisasi. |
|||
Objektif Kualiti
Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif kualiti SKM telah ditetapkan seperti berikut: |
|||
1. | PENDAFTARAN KOPERASI | ||
Memastikan pendaftaran koperasi di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 dilaksanakan dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan pendaftaran yang lengkap dan sempurna sehingga Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi dikeluarkan. |
|||
2. | PENDAFTARAN UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI | ||
Memastikan pendaftaran pindaan Undang-Undang Kecil koperasi di bawah subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993 dilaksanakan dalam tempoh 38 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap dan sempurna sehingga Sijil Perakuan Pendaftaran Pindaan Undang-Undang Kecil koperasi dikeluarkan. |
|||
3. | PENGAUDITAN AKAUN KOPERASI | ||
Memastikan akaun koperasi yang lengkap dan sempurna diaudit dalam tempoh 55 hari bekerja dari tarikh penerimaannya sehingga tarikh Laporan Juruaudit dan tarikh Laporan Pengurusan Juruaudit ditandatangani dan diposkan kepada koperasi. |
|||
4. | PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN (TMP-SKM) | ||
Memastikan permohonan pinjaman/pembiayaan TMP-SKM yang lengkap dan sempurna diberi keputusan dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh penerimaannya sehingga tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TMP-SKM dan diposkan kepada koperasi. |
|||
5. | ADUAN KOPERASI | ||
Memastikan aduan yang diterima mengenai koperasi diambil tindakan dan diselesaikan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh penjelasan diterima sehingga tarikh surat aduan dijawab dan diposkan kepada pengadu. |
|||
6. | PEMBATALAN KOPERASI | ||
Memastikan proses pembatalan koperasi diselesaikan dalam tempoh 70 hari bekerja dari tarikh perakuan pembatalan diterima sehingga tarikh Perintah Pembatalan Koperasi oleh Pengerusi Eksekutif SKM dan diposkan kepada pemegang harta. |
|||
7. | PERMOHONAN KELULUSAN MENGAUDIT KOPERASI (JURUAUDIT SWASTA) | ||
Memastikan permohonan juruaudit swasta dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap dan sempurna secara atas talian dan kelulusan mengaudit dikeluarkan dan diemelkan kepada juruaudit swasta. |
|||
8. | PERMOHONAN KELULUSAN PEMBERIAN DIVIDEN | ||
Memastikan kelulusan dividen secara atas talian dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan sempurna secara atas talian dan surat kelulusan pembayaran dividen dikeluarkan dan diemelkan kepada koperasi. |
|||
9. | PERMOHONAN KELULUSAN PEMBERIAN HONORARIUM | ||
Memastikan permohonan kelulusan honorarium dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan sempurna secara atas talian dan surat kelulusan pembayaran honorarium dikeluarkan dan diemelkan kepada koperasi. |
|||
10. | PENGURUSAN MAKLUMBALAS DAN PERTANYAAN UMUM | ||
Memastikan pertanyaan/ maklumbalas umum yang diterima daripada pelanggan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh pertanyaan diterima sehingga tarikh maklumbalas dihantar kepada pelanggan. |
|||