Latar Belakang

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.

Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Majlis ini diadakan sebagai tanda pengiktirafan Kerajaan kepada gerakan koperasi di atas peranan dan sumbangan yang telah diberikan gerakan ini dalam usaha pembangunan sosio ekonomi negara.

 

Objektif

Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk:

Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.

Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi

Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.

Mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.