Mengenai Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia

Sesebuah koperasi ditakrifkan sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia apabila koperasi berkenaan mencapai tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan perundangan yang memuaskan mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh International Co-operative Alliance (ICA).
 
Penyenaraian 100 Koperasi Terbaik ditentukan dengan melalui tiga (3) proses penilaian yang dibuat mengikut aturan. Pencapaian di dalam faktor kewangan bergantung kepada perbandingan dengan prestasi keseluruhan PNK. Walaupun sesetengah koperasi mempunyai nilai aset dan ekuiti yang besar tetapi prestasi faktor kewangan di bawah purata keseluruhan PNK, maka koperasi tersebut tidak tersenarai di dalam 100 Koperasi Terbaik Malaysia.
 
Penyenaraian juga dibuat berdasarkan kluster iaitu kluster besar iaitu di kalangan kumpulan koperasi-koperasi yang mempunyai perolehan lebih daripada RM5 juta, kluster sederhana yang mempunyai perolehan lebih daripada RM5 juta, kluster kecil yang mempunyai perolehan di antara RM200 ribu hingga kurang daripada RM1 juta dan kluster mikro yang mempunyai perolehan kurang daripada RM200 ribu. Tujuan penyenaraian koperasi-koperasi mengikut kluster ini adalah untuk memudahkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengambil pendekatan yang bersesuaian dan lebih berkesan dari sudut mengawalselia dan memberi bimbingan dalam usaha berterusan membangunkan gerakan koperasi di negara ini.
 
 

Senarai Penerbitan

 
report flip  
»      
         

 Tahun 2023

Top 350 Koperasi 2023

 

Tahun 2022

Top 350 Koperasi 2022

  Tahun 2021
  Tahun 2020   Tahun 2019  
  Tahun 2016   Tahun 2015   Tahun 2014  
  Tahun 2012   Tahun 2011
  Tahun 2010