Hebahan : Ekspo Kepenggunaan Halal, Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2016)
Sukacita dimaklumkan bahawa ekspo mega berkonsepkan halal khusus untuk pengguna iaitu HALAL FIESTA MALAYSIA (HALFEST 2016) akan berlangsung dari 31 Ogos – 4 September 2016 bertempat di Pusat Pameran Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.
HALFEST adalah sebuah platform promosi bagi syarikat dan usahwan dari industri halal negara untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan dengan peruncit di Malaysia. HALFEST 2016 turut menerima penyertaan dari usahawan kecil yang masih belum mendapat pendedahan terhadap persijilan halal dengan syarat-syarat tertentu. Ini secara tidak langsung membantu syarikat-syarikat kecil dan mikro ini turut bersaing dalam pasaran halal.
HALFEST 2016 dihoskan dan penganjur utama adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama strategik Halal Industry Development Corporation(HDC), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM).