PUBLISHED CONTENT IN MALAY
 
 FINAL LOGO
 
 
KENYATAAN PENAFIAN
 
 
PENAFIAN KE ATAS KENYATAAN ENCIK AZMI MAHMUD RAMLI YANG MENDAKWA MEWAKILI ANGGOTA KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD (KOTAMAS)
 
Pihak SKM menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak yang mendakwa sebagai wakil KOTAMAS, Encik Azmi Mahmud Ramli yang menyatakan "a court order had also been issued on June 8 by the Kuala Lumpur High Court requesting MCC to return the country's first registered co-operative, but MCC had yet to comply", di para 11, mukasurat 3, akhbar New Straits Times bertarikh 10 Jun 2017.
 
Pihak SKM ingin menjelaskan bahawa kes masih belum diputuskan oleh pihak mahkamah, dan mahkamah telah menetapkan bicara selanjutnya pada 19 Jun 2017. Sehubungan dengan itu, SKM menyeru semua pihak agar menghentikan sebarang komen dan perbincangan tentang isu ini yang masih belum diputuskan oleh mahkamah.
 
 
Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat
Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Aras 11, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur

Telefon : 03-2083 4000
Faksimili : 03-2083 4105
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.